Aktiviti membela haiwan kesayangan boleh dijadikan hobi bagi
kebanyakan orang. Tahukah anda bahawa membela binatang peliharaan mempunyai
banyak manfaatnya..
Emosi
Kebanyakan yang memiliki binatang kesayangan membentuk sifat
sensitif dan penyayang. Bagaimanakah hal ini terjadi. Sifat ambil tahu akan
binatang peliharaan mereka menyebabkan timbulnya sifat ini. Mereka akan mula
beri makan, belai dan mandikan binatang peliharaan mereka.
Tambahan pula, jika binatang peliharaan mereka menunjukkan
tanda sakit, maka mereka perlu hantar ke veterinar. Ini membentuk sifat kasih
sayang dan empati kepada makhluk allah.
Sosial
Binatang peliharaan boleh menimbulkan minat dari seseorang
lain. Mereka akan bertanyakan berkenaan
binatang peliharaan anda. Perhubungan
sosial adalah suatu yang sihat terutamanya pada kanak – kanak. Selain itu, peminat binatang peliharaan boleh
berkongsi pendapat dan pengetahuan mereka dengan anda. Ini mengalakkan anda
untuk berkenalan dengan ramai orang
Kognitif
Perkembangan ini perlu diutamakan oleh kanak – kanak. Zaman ini kanak – kanak hanya dilekakan
dengan permainan video. Keadaan ini menganggu perkembangan kognitif mereka.
Anak – anak yang didedahkan dengan binatang kesayangan mereka akan belajar sendiri
cara grooming sendiri pada binatang kesayangan mereka. Selain itu, mereka akan
kerap bermain dengannya dan juga membawa jalan – jalan tanpa hanya terperap di
rumah.
Terapi
Pengemar binatang
peliharaan akan lebih ceria berbanding mereka yang tiada binatang peliharaan.
Kajian juga menunjukkan membelai binatang kesayangan terutamanya kucing
menurunkan kadar stress terutama selepas penat seharian bekerja.
Silaturahim
Keluarga yang mempunyai binatang peliharaan menimbulkan sifat
rapat dalam ahli keluarga. Hal ini kerana membela binatang peliharaan akan
mengalakkan ketawa dan ambil berat antara ahli keluarga dengan binatang
peliharaan anda.
Walau bagaimanapun, membela dan memelihara haiwan peliharaan
memerlukan komitmen yang tinggi daripada ibubapa. Apapun jika komitmen dari
ibubapa diperolehi, kegembiraan, keseronokan dan kesan-kesan positif ini akan
dapat terus dirasai sehingga bertahun-tahun lamanya.

No comments:
Post a Comment