Saturday, 26 October 2013

Fakta bahawa kucing itu bukannya najis

1.     Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

2.     Permukaan lidah kucing ditutupi oleh bonjolan kecil yang runcing. Bonjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitik cecair yang jatuh daripada lidahnya.

3.     Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. Itu yang kita lihat kucing selalu menjilat-jilat badannya, sebenarnya ia membersihkan bulunya.





Komen doktor

     Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Hospital Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya bakteria pada lidah kucing. Jika bakteria itu ada, maka kucing akan sakit.

     Manakala Dr. Gen Gustafsiri mendapati bahawa bakteria yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah itu menegaskan, kucing memiliki peranti pembersih yang bernama lysozyme.

     Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan dan lain-lain)
.
     Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak berada dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya bakteria pada tubuh kucing.

     Daripada hasil kajian perubatan dan percubaan yang telah dilakukan di makmal haiwan, didapati bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih daripada manusia.

     Kucing merupakan binatang peliharaan yang comel dan manja. Menurut sejarah, haiwan ini telah hidup sejak zaman Firaun lagi iaitu kira-kira 5,000 tahun yang silam dan dikatakan ia pernah hidup di istana Firaun.


     Untuk mengangkat martabat dan nilai-nilai kucing, kebanyakan negara di dunia mengadakan pertandingan ratu kucing dan seumpamanya, termasuk Malaysia bagi memilih kucing yang tercantik dan menawan secara pemarkahan. Pemenang akan memperoleh hadiah-hadiah lumayan



Photobucket

Friday, 18 October 2013

Binatang peliharaan Rasulullah

Adakah nabi mempunyai binatang peliharaan?.


      Ya, Nabi mempunyai seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Sifat Mueeza yang paling disayangi Nabi ialah selalu mengiau saat mendengar azan, seolah – olah mengikuti alunan suara azan. Nabi sangat menyayangi kucing hingga selalu berpesan kepada para sahabat baginda untuk menyayangi kucing peliharaan seperti keluarga sendiri.


     Diriwayatkan pernah Nabi mahu mengambil jubahnya dan Mueeza sedang tidur di atasnya, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza daripada jubahnya supaya tidak menganggu Mueeza. Selepas Nabi pulang ke rumah, Mueeza terbangun dan pergi merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak tiga kali. Nabi menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis.


     Mengapa Rasulullah SAW mengatakan bahawa kucing suci dan tidak najis? Sambungannya dalam artikel akan datang..

Dapatkan promosi panduan lengkap memelihara kucing ini segera di sini


Photobucket

Thursday, 17 October 2013

Faedah membela binatang peliharaan..

Aktiviti membela haiwan kesayangan boleh dijadikan hobi bagi kebanyakan orang. Tahukah anda bahawa membela binatang peliharaan mempunyai banyak manfaatnya..

Emosi

Kebanyakan yang memiliki binatang kesayangan membentuk sifat sensitif dan penyayang. Bagaimanakah hal ini terjadi. Sifat ambil tahu akan binatang peliharaan mereka menyebabkan timbulnya sifat ini. Mereka akan mula beri makan, belai dan mandikan binatang peliharaan mereka.
Tambahan pula, jika binatang peliharaan mereka menunjukkan tanda sakit, maka mereka perlu hantar ke veterinar. Ini membentuk sifat kasih sayang dan empati kepada makhluk allah.


Sosial

Binatang peliharaan boleh menimbulkan minat dari seseorang lain.  Mereka akan bertanyakan berkenaan binatang peliharaan anda.  Perhubungan sosial adalah suatu yang sihat terutamanya pada kanak – kanak.  Selain itu, peminat binatang peliharaan boleh berkongsi pendapat dan pengetahuan mereka dengan anda. Ini mengalakkan anda untuk berkenalan dengan ramai orang


Kognitif

Perkembangan ini perlu diutamakan oleh kanak – kanak.  Zaman ini kanak – kanak hanya dilekakan dengan permainan video. Keadaan ini menganggu perkembangan kognitif mereka. Anak – anak yang didedahkan dengan binatang kesayangan mereka akan belajar sendiri cara grooming sendiri pada binatang kesayangan mereka. Selain itu, mereka akan kerap bermain dengannya dan juga membawa jalan – jalan tanpa hanya terperap di rumah.


Terapi

 Pengemar binatang peliharaan akan lebih ceria berbanding mereka yang tiada binatang peliharaan. Kajian juga menunjukkan membelai binatang kesayangan terutamanya kucing menurunkan kadar stress terutama selepas penat seharian bekerja.


Silaturahim
Keluarga yang mempunyai binatang peliharaan menimbulkan sifat rapat dalam ahli keluarga. Hal ini kerana membela binatang peliharaan akan mengalakkan ketawa dan ambil berat antara ahli keluarga dengan binatang peliharaan anda.
Walau bagaimanapun, membela dan memelihara haiwan peliharaan memerlukan komitmen yang tinggi daripada ibubapa. Apapun jika komitmen dari ibubapa diperolehi, kegembiraan, keseronokan dan kesan-kesan positif ini akan dapat terus dirasai sehingga bertahun-tahun lamanya.